Thursday, 14 July 2011

HEART BROKEN...

not bad..juz copy paste je..huhuu..ciket ade tambah-tambah..pendapat,pendapat

BILA CINTA DI TOLAK...


Terus Berkawan

Walaupun hancur hati dan ditimpa kekecewaan yang amat berat untuk dilalui kerana cintanya ditolak, untuk menunjukkan bahawa seperti tak sakit hati, sebahagian daripada mereka memilih untuk terus berkawan seperti biasa. Ia akan menganggap cintanya yang tak diterima itu seperti tak pernah berlaku. Seperti kawan baik yang lain, ia mungkin masih sudi untuk menemankan anda pergi tengok wayang atau lepak-lepak di kedai mamak atau berkongsi cerita. Namun mereka berjiwa besar seperti ini amatlah jarang untuk dijumpai..


Menjarakkan Diri 

Biasanya dia akan segera datang bila anda memerlukannya. Tetapi sejak ditolak cintanya itu, ia seperti menjarakkan dirinya. Jka tidak penting, ia tak akan menghubungi anda. Kalau bercakap pun, ala kadar sahaja. Harap maklumlah kan, ia terpaksa berbuat begitu untuk mengubat hatinya. Ia tak boleh bersembang panjang dengan anda kerana ia akan teringat kembali pada peristiwa ditolak cintanya dulu.

Bertukar Jadi Benci 
Lawan dari cinta itu adalah benci. Anda jangan terkejut setelah anda tolak cintanya, sikap dan layanannya terhadap anda berubah mendadak. Bila melihat anda, ia seperti melihat musuh. Ia berubah menjadi benci sebenci-bencinya. Itu adalah kerana sebahagian daripada proses mententeramkan jiwanya yang amat kecewa luka lara..

Mencari Pengganti Lain
Bila anda tolak cintanya, bukan bererti semua orang turut sama menolak cintanya. Dia akan berpaling kepada orang lain. Dia akan memasang azam dihatinya bahawa dia akan mendapatkan yang jauh lebih bagus dari anda.

Pantang Menyerah
Hari ini anda tolak cintanya, lain hari mungkin anda berubah hati dan sudi terima cintanya. Ia merasakan anda perlu waktu untuk memikirkannya. Dia akan setia menunggu sekaligus menukar strateginya untuk menambat hati anda..

No comments:

Post a Comment